
Sulit
4 tahun
Mata sakit merah dan tifak dapat lihat cahaya
Saya punya mata ni dia x bole buka lama2 sebab nti akn rasa nk tutup je ,dan skrng makin lama makin merah x boleh tgok benda terang.bole sye tahu mata sye knapa dan patutkah saye pergi ke hospital

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Secara umum, mata merah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- perdarahan subkonjunktiva (lapisan mata)
- konjunktivitis
- glaukoma
- ulser kornea
- uveitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.