
Sulit
4 tahun
MAti pucuk atau tak tegang ketika melalkukan hububgan tersbut, risau sebabb mati pucuk. Pls help me
SAya rasa batang saya tal tegang atau mati pucuk ketika melakukan skes

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala mati pucuk termasuklah:
- Masalah mendapat ereksi
- Masalah menjaga ereksi
- Kekurangan keinginan seksual
Bagi mengelakkan masalah ini, puncanya haruslah dielakkan. Mati pucuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.