
limwee
5 tahun
Mati pucuk dan cepat pancut berisiko mendapata kanser prostat
saya lelaki berumur 20 tahun ingin bertanya. Adakah seseorang yang mengalami mati pucuk atau ejakulasi pramatang berisiko mendapat kanser prostat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, mati pucuk dan ejakulasi pramatang tidak menyebabkan kanser prostate, akan tetapi ketiga-tiganya mempunyai faktor risiko yang hampir sama, malah beberapa ubatan juga hampir sama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.