
Sulit
5 tahun
Mati pucuk ketika bersama
Saya seorsng lelaki yg mempunyai 3org anak.sejak wife saya habis pantang semasa ingin bersama kemaluan tidak menegang dan susah menegang bila bersama isteri.adakala behenti seketika,alat kemaluan terus layu dan susah untuk menegang semula.adakah ini ciri2 mati pucuk.?dan bagaimana saya ingin mendapatkan rawatan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami boleh disebabkan mati pucuk yang boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya perlu diketahui dahulu agar masalah tersebut boleh diselesaikan dahulu. Selain itu, anda juga boleh amalkan beberapa langkah mudah seperti menjaga pemakanan seimbang dan kurang manis, bersenam selalu dan kurangkan stres. Langkah yang terakhir adalah dengan pengambilan ubat, namun ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu kerana terdapat kesan yang bahaya jika seseorang itu mempunyai penyakit lain. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.