
Sulit
4 tahun
Mati pucuk minum 1 Sachet Kopi Qabra tetapi penis tidak berfungsi sebagaimana yang di infokan oleh pencadang Kopi Qabra. Apakah kelemahan Penis akan berkekalan sepanjang hayat.Beri khidmat nasihat kepada saya
Saya man berumur 59 tahun. Saya mengalami mati pucuk. Saya juga mengidapi diabetes,darah tinggi,osteoarthritis dan Lumber spondyloysis. Sila khidmat nasihat saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, penyakit mati pucuk boleh berpunca daripada beberapa sebab seperti:
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Masalah saraf
- Masalah psikologi seperti kemurungan, kegelisahan dan stres
- Obesiti
- Merokok
Masalah ini boleh ditangani dengan mengenal pasti puncanya. Berikut antara langkah dan rawatan yang sering diberi oleh pesakit yang mengalami masalah mati pucuk:
- Amalkan gaya hidup sihat dan kurangkan stres
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Ubat-ubatan; untuk menggunakan ubat-ubatan, anda perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu sebelum diberikan preskripsi ubat yang membantu dalam menangani masalah mati pucuk
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ingin kami tekankan supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana testimoni ubat kuat lelaki yang dijual secara atas talian kerana kami tidak mengetahui kandungan, keberkesanan dan kesan sampingannya terhadap pengguna.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai mati pucuk, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kami. Terima kasih.