anishazuhri1985
5 tahun
MCM mne hubgan sexy lepas guna iucd
Maksud saya andai suami msuk kn jari d miss v untuk rasanga,ada kh menganggu iucd
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, IUCD ini akan diletakkan di bahagian rahim wanita dan disambungkan ke tali. Tujuan tali ini adalah agar pengguna IUCD ini dapat untuk memeriksa bahawa IUCD ini masih terletak di tempat sepatutnya dan juga untuk menarik keluar IUCD (atas nasihat pengamal perubatan) setelah ia tamat tempoh ataupun tidak digunakan lagi.
Oleh itu, apa-apa perbuatan/aksi kelamin boleh dilakukan selagi mana IUCD ini tidak tertarik ataupun terganggu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































