
Sulit
4 tahun
Medical checkup masa tengah batuk
Saya tengah batuk baru je batuk dalam sehari lepas. Boleh ke medical checkup untuk kemasukkan ke universiti dalam keadaan saya batuk dan sakit tekak. kalau esok saya nak buat medical chec

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu batuk. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda perlu membuat medical check up jika ingin masuk ke universiti pilihan anda. Berdasarkan keputusan medical check up, anda akan dinilai jika memerlukan rawatan atau sihat untuk memasuki universiti.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.