Sulit
2 tahun
Melakukan seks dengan menggunakan kondom
Saya ada melakukan seks dengan pekerja seks dengan menggunakan kondom. Apakah peratusan pesakit yg kena HIV walaupun dah guna kondom di Malaysia?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang risiko jangkitan HIV akibat dari hubungan kelamin tempoh hari. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, menggunakan kondom merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan HIV ketika berhubungan seks dengan pasangan yang berisiko HIV positif. Tambahan lagi menghindari tabiat seks bebas atau tidak memiliki pasangan seks yang ramai merupakan salah satu usaha yang terbaik bagi mengurangi risiko terdedah kepada HIV.
Untuk maklumat lebih lanjut anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian. Kami juga ingin meyakinkan anda bahawa konsultasi bersama doktor adalah sulit antara anda dan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.