
ainulmardheyah67
4 tahun
Melancap atau lebih dikenali onani
Saya tk Ada masala tetapi Saya nak tanya bukan kah aktiviti melancap di sisi undang ii agama kita iaitu agama islam berdosa jadi Saya juga Ada baca tentang melancap bahawa ia mengatakan benda itu normal sedangkan mengapa tidak mengikut undang ii agama?? Maaf… saya berumur 15 tahun

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, mengikut fatwa, para ulama kebanyakkan menyatakan onani itu adalah haram. Anda boleh mempelajari dengan lebih mendalam di sini (Hukum Onani). Dari segi perubatan, beronani atau masturbasi adalah perkara yang normal malah mempunyai beberapa kesan positif kepada seseorang seperti:
- Tidur yang lebih baik
- Perasaan atau mood yang baik dan relaks kerana apabila seseorang itu klimaks, badan akan merembeskan hormon endorfin
- Melepaskan stres
- Ia dapat menguatkan otot pelvis
Tetapi beronani juga mempunyai kesan sampingan seperti:
- Ketagihan pada onani
- Mati pucuk
- Kemurungan
- Libido berkurang
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah