
Sulit
5 tahun
Melecet celah kangkang
Suami saya dalam lingkungan 20an…dia sering kali melecet di celah kangkang sehingga menjadi luka…beli ubat d farmasi pun tak berkesan…boleh doctor terangkan apa yang harus saya lakukan…kesian pada suami…ada masa dia tak boleh tahan sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- berat badan berlebihan yang menyebabkan geseran antara peha atau dengan seluar
- jangkitan kuman pada kulit (bullous cellulitis)
- kulit kering yang menyebabkan mudah melecet
suami anda disarankan:
- memakai pakaian dalam yang bersesuaian
- memakai pelembap jika anda mengalami kulit kering
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.