Sulit
5 tahun
Melecet di miss v akibat seks
Saya wanita 20 an mengalami sakit dan melecet di miss v slps seks. Adakah saya perlu menyapu Vaseline atau ade ape2 cadangan dr doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda situasi melecet mudah terjadi akibat faraj kering. Faraj kering dapat disebabkan oleh:
- geseran antara kemaluan dan benda asing (zakar)
- mengambil ubatan seperti kontraseptif atau antidepresan
- mempunyai rahim anda dikeluarkan (histerektomi)
- menjalani rawatan kanser, seperti kemoterapi
- menyusu (breastfeeding)
- menopause
Sebelum menggunakan sebarang ubat, dinasihatkan untuk mendapatakn pemeriksaan doktor terlebih dahulu.Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.


































