
Sulit
4 tahun
Meludah keluar darah
Saya lelaki berumur 36 tahun. Hampir 2 bulan sy berhnti merokok dan hanya menghisap vape. Masalah sy skg ni pada selasa mlm (09.02.21) sy ke toilet dan sy ada meludah tetapi sy agak terkejut ludahan sy itu ada darah. Dan sy rasa sesak nafas semalam ptg. Sy ingin bertanya adakah ianya berpunca dr vape?dan adakah vape menyebabkan setiap mlm rasa panas. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu muntah darah. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah darah anda boleh disebabkan:
- Kecederaan organ dalaman seperti esofagus
- Ulser perut
- Saluran darah pecah
- Kesan ubat cair darah - sekiranya diberi
- Kanser perut
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih