Sulit
2 tahun
Membiarkan air mani pada seluar dalam ketika tidur
Hello Dr, Jika seseorang itu tidur dengan air mani pada seluar dalamnya disebab air mani keluar akibat mimpi, dan sedikit air mani itu masuk semula ke lubang kelamin, adakah air mani itu boleh menjadi kuman yang merbahaya sehingga menyebabkan penyakit berbahaya seperti hiv?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kejadian air mani keluar semasa tidur adalah normal, boleh berlaku akibat mimpi atau tidak. Biasanya, air mani tersebut tidak akan masuk semula ke luabng kelamin, sebab pada pembukaan kemaluan mempunyai otot sfinkter yang kuat, menghalang aliran balik air mani atau kencing.
Membiarkan air mani pada seluar ketika tidur tidak akan menyebabkan jangkitan kuman, namun ia boleh menjadi sumber pertumbuhan kuman jika tidak dicuci selepas bangun.
Jangkitan HIV tidak akan terjadi sekiranya anda tidak pernah menjalani hubungan intim dengan sesiapa mengalami HIV positif, atau anda tidak pernah menerima darah sesiapa dengan HIV positif. HIV hanya boleh disebarkan melalaui cecair badan pesakit HIV positif seperti air mani, keputihan dan darah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.