
Sulit
4 tahun
Mempunyai biji ii kecil di bahagia kemaluan (vagina)
Saya wanita berumur 18 tahun,belum berkahwin saya mempunyai biji ii kecil yang berwarna seperti isi di bahagian vagina,saya mengalami perkara seperti ini sudah setahun lebih, saya tidak mempunyai masalah seperti gatal pada bahagia vagina dan haid saya datang secara teratur, soalan saya apakah sebab berlakunya masalah yang saya alami sekarang ini?. Dan penyakit apa yang saya sedang lalui sekarang ini Dr.? Adakah penyakit ini berbahaya? Atau ia perkara normal sahaja?, Apa yang saya harus lakukan untuk hilangkan biji ii kecil yang seperti isi di bahagian vagina.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin , yang terletak pada kawasan berhampiran lubang faraj.
- Ketumbuhan sista pada dinding vagina
- Fordyce spots , iaitu sejenis ketumbuhan sista kelenjar peluh pada kawasan lubang faraj
- Kembungan salur darah pada kawasan vagina atau lubang faraj ( varicosities )
- Kanser vulva atau vagina, terutamanya sekira anda pernah mengalami jankitan ketuat kelamin ( Genital Herpes )
- Ketuat kelamin atau dikenali sebagai Genital herpes . Ia merupakan salah satu jangkitan STD ( Sexual transmitted disease )
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.