
Sulit
5 tahun
Mempunyai garisan di perut
Saya mempunyai garisan dari pusat hingga ke kemaluan…adakah itu tanda-tanda saya mengandung…kerana saya baru sahaja datang bulan beberapa mnggu yang lepas…saya juga melihat garisan itu mungkin tanda sudah tiada ada dara lagi…boleh doktor jelaskan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk makluman anda, selaput dara juga dikenali sebagai hymen. Selaput dara adalah sejenis daging nipis yang terletak pada pembukaan faraj anda. Selaput dara anda boleh diregang buka saat kali pertama anda mengalami seks melalui faraj, yang mana tindakan ini mungkin menyebabkan kesakitan atau pendarahan.
Seandainya anda tidak pernah melakukan hubungan seksual, maka kemungkinan untuk hamil adalah tiada. Penyebab lain yang menimbulkan garisan perut mirip garisan kehamilan adalah:
- Café au lait macule - mirip tanda lahir
- Hyperpigmentation selepas keradangan
- Hyperpigmentation flagellate - akibat ubatan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih