
Anonymous
2 tahun
Mempunyai Masalah Ovulasi Dan kesukaran untuk mengandung
Doctor,Apakah tips untuk Meningkatkan Ovulasi?sebab dh masuk setahun saya tidak mengalami Ovulasi Dan ini menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan Zuriat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, antara punca masalah kesuburan wanita adalah
- masalah hormon ovulasi
- masalah tubal/saluran Fallopian
- endometriosis
- Polycystic Ovarian Syndrome
- Penuaan
- masalah tiroid
Jika anda rasa anda mengalami masalah ketidaksuburan kerana tiada haid, anda dinasihati untuk berunding dengan doktor pakar kesuburan untuk maklumat lanjut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Peluang untuk hamil adalah berbeza bagi setiap wanita. Ia mungkin mudah untuk sesetengah orang, namun boleh jadi sukar atau hampir mustahil bagi sebilangan wanita lain.