Sulit
5 tahun
Mempunyai sakit tekak serta sesak di dada sejak 2 hari yang lepas. Adakah ini simptom covid-19 & apakah yglang perlu saya lakukan?
Saya wanita berumur 26 thn. Sejak 2 hari yang lepas saya terasa macam sakit tekak & dada saya mula terasa sakit. Tapi saya tiada masalah pernafasan. Saya tiada ke luar negara mahupun kontak rapat dengan suspek atau pesakit covid-19. Adakah sakit tekak serta dada terasa sesak itu merupakan simptom saya dijangkiti covid-19? apakah yang perlu saya lakukan? tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang COVID-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami di DoctorOnCall juga menyediakan khidmat ujian COVID19 dari rumah anda. Klik pada link ini untuk maklumat lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































