Sulit
2 tahun
Mencari penyelesaian kepada mati pucuk zakar tidak keras dapatkan kepuasan bila melakukan seks
suami berumur 40an ada darah tinggi dan kencing manis…. zakar tidak keras… adakah dia boleh dapat kepuasan dlm melakukan seks… bila melakukan seks dia ada keluar air mani walaupun zakar dia tidak keras…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami suami anda mengalami masalah ereksi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ereksi boleh disebabkan oleh faktor psikologi ataupun masalah kesihatan. Punca-punca masalah ereksi adalah :
- Faktor psikologi :
- Gangguan tekanan
- Isu imej badan
- Keresahan
- Kemurungan
- Masalah dalam hubungan
- Faktor kesihatan :
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit kencing manis
- Masalah prostat
- Usia lanjut
- Merokok
- Pengambilan alkohol secara berlebihan
Anda memaklumkan bahawa suami anda menghidapi penyakt darah tinggi dan kencing manis, kemungkinan penyakit tersebut ataupun ubat-ubatan yang diambil oleh suami anda menyebabkan masalah ereksi. Kami menyarankan anda untuk merujuk suami anda kepada doktor untuk mendapatkan rawatan untuk masalah ini. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah