Sulit
4 tahun
Mencari terapi untuk memulihkan orientasi seksual
Hi doktor, saya lelaki berusia 27 tahun dan merupakan seorang berorientasi bisexual,
adakah terdapat apa-apa terapi khusus atau cara perubatan moden yang dapat membantu saya dalam menjadi seorang lelaki Heterosexual, saya semulajadi mempunyai orientasi bisexual dan ia membuat hidup saya stress.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perasaan biseksual ini diklasifikasikan sebagai salah satu kondisi didalam psikiatri. Bagi mengatasi masalah ini, maklumat tambahan dan sulit perlu diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor psikiatri anda bagi membincangkan kaedah rawatan yang bersesuaian dengan anda. Sekian.

































