
Sulit
4 tahun
Mengah, Batuk, Sakit Belikat dan Gerd Yang Belum Selesai
Assalam Doc
Saya wanita berusia 34tahun. Saya mengalami sakit belikat akibat batuk yang disebabkan oleh Gerd. Saya start batuk yang sangat lama, dah 1tahun 6bulan. Pakar cakap batuk saya akibat dari masalah gastrik dan gerd saya. Masalah gerd saya menyebabkan saya agak mengah ketika nak makan dan minum. Saya tak boleh baring atau meniarap, mudah reflux dan akan batuk sehinga muntah. Postur tidur kena tinggikan kepala hingga menyebabkan saya bangun pagi sangat sakit bahagian bahu dan belikat
Saya cuba jaga makan, tapi agak slow progress. Today saya cuba berpuasa. Saya ada ambil ubat Pantoprazole 40mg dan Cloperastine HCI 10mg untuk stopkan saya dari reflux dan batuk. Saya dah jumpa pakar cuma Pakar mintak saya buat scope. Cuma now kena postpone sebab hospital busy dengan kes covid
Bole bantu saya Doc untuk masalah saya? Atau pemakanan bagaimana saya kena ambil sebab saya mudah stress dan nak bekerja tak semangat sebab badan jadi lemau dan sakit belikat saya tak hilang even di urut
Terima kasih Doc

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang memungkinkan gejala sakit belikat tersebut. Antaranya termasuk:
- keletihan yang terlalu berat
- kekurangan gula / air dalam darah
- sprained muscle
- mahupun gangguan muskoloskeletal yang lain
Sementara menunggu rawatan dan temu janji selanjutnya oleh doktor anda, kami menyarankan anda untuk:
- meneruskan pelan rawatan & pengubatan yang telah diberikan
- sentiasa berhubung dengan pihak hospital agar dapat mengetahui available slot (untuk rawatan anda yang selanjutnya) sesegera mungkin
- mendapatkan rehat dan tidur secukupnya
- jangan melangkau waktu makan (skip meals) agar gejala GERD anda lebih terkawal
- meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
- mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
- memastikan diri berada pada posisi yang betul & ergonomik apabila berkerja, duduk, baring & tidur, namun tetap bersesuain dengan saranan doktor terhadap gejala GERD anda
- sentiasa bersemangat dalam melalui fasa-fasa yang sedemikian
- berbincang dengan ahli keluarga untuk mendapatkan emotional support dan solusi terbaik
Anda dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejala seperti:
- mual / muntah
- pening / sakit kepala
- pitam / tidak sedarkan diri
- hilang selera makan atau penurunan berat badan yang mendadak
- gejala berterusan, bertambah sering atau semakin berat
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.