
Sulit
2 tahun
Mengalami batuk selama satu bulan
Saya berumur 34 tahun n mengalami batu2 yg teruk sehingga batuk berdarah 3x. Sy telah check up di KK Putrajaya n doc kata result darah dan juga paru2 okay. Sy juga telah selesai menghantar sample kahak utk ujian TB selama 3 hari bermula 16-18 hb mac. Sy telah mengalami keadaan ini selama satu bulan. Apa yg boleh sy lakukan segala petua telah sy huat namun tiada berkurangg. Sy juga telah menjagkiti anak2 dirumah decara tidak sengaja. Bantu sy doc. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit tuberkulosis
- Gastroesophageal reflux
- Asma
- Kegagalan jantung
- Penggunaan ubat darah tinggi jenis angiotensin converting enzyme inhibitor
- Merokok
Amalkan etika batuk yang betul ketika berada di rumah untuk mengelakkan anak-anak anda daripada dijangkiti kuman daripada batuk anda. Selain itu, anda boleh juga:
- Berhenti merokok
- Mengambil minuman suam
- Minum banyak air
- Minum jus lemon dan madu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan dapatkan keputusan saringan tibi anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.