
Sulit
3 tahun
Mengalami kegatalan di kemaluan
Semasa kandungan saya 7 saya mengalami alahan kegatalan di celah paha dan pipi kemaluan, skrg bby saya sudah umur 9 bln tapi saya masih lagi gatal di atas kemaluan saya, ubat apa harus saya pakai??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kegatalan pada kemaluan yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal kemaluan boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Masalah kulit seperti dermatitis yang mana mungkin timbul akibat alergi terhadap pelincir
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.