
Sulit
4 tahun
Mengalami keguguran 10minggu
saya berumur 22 thn , saya mengalami keguguran kandungan 10minggu . sudah sebulan lebih berlalu . kini darah sudah lama tidak keluar hanya keluar cecair kekuningan . bolehkah saya mengamalkan jamu , bolehkah saya bersama suami smula . cecair kuning hanya keluar sedikit shja tidak memenuhi pantiliner dlm sehari

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dengan khabar berita perihal keguguran yang berlaku. Diharapkan puan dan suami tetap tabah dan terus bersemangat dalam mengharungi ujian tersebut. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan & suami.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Cecair kekuningan pasca keguguran boleh menandakan:
- cecair normal pasca keguguran (jika dalam kuantiti yang sedikit)
- jangkitan kuman yang memerlukan rawatan (dapat disertai gejala berbau atau kehijauan)
- atau gangguan alat kelamin yang lain
Dalam waktu yang terdekat ini, anda juga disarankan untuk:
- mendapatkan temu janji bersama doktor anda untuk menilai kondisi pasca keguguran
- perbanyakkan berehat,
- kurangkan aktiviti harian melainkan yang mustahak,
- amalkan konsumsi makanan & minuman yang berkhasiat,
- elakkan berhubungan intim sebelum bertemu dengan doktor atau cecair yang keluar masih banyak
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kandungan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah