
Sulit
5 tahun
Mengalami Kentut vagina
Sy wanita berusia 27 tahun , sy dapati sy mengalami kentut vagina dan sakit pada bahagian tumit . Apa yang sy perlu lakukan dr ? Sy telah berkahwin .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, kentut vagina boleh wujud lebih-lebih lagi selepas hubungan seksual.
Walaubagaimanapun, sekiranya puan mendapati terdapat lendiran berbau, gejala seperti gatal, puan harus mendapatkan rawatan selanjutnya.
Bagi sakit pada bahagian tumit, berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.