Sulit
4 tahun
Mengalami keputihan setiap hari
Saya berumur 29thn sudah kahwin dan mempunyai seorang anak… Saya mengalami masalah keputihan. Kadangkala ia membauhu busuk gatal kadangkala ia tak bau busuk tapi keluar berketul ketul… Kadang
2 keluar secara cairan sahaja…macam mana nak mengatasi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair kuning atau keputihan yang dialami anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal)
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Kebiasannya keputihan adalah normal. Yang paling utama dalam membezakan keputihan yang normal dan yang berpenyakit adalah bau, warna dan gejala tambahan seperti gatal. Justeru, andainya bau sangat busuk atau mirip bau ikan, warna kekuningan atau kehijauan serta gejala tambahan lain, anda boleh merujuk ke doktor untuk pengubatan. Sekiranya normal, anda mungkin boleh mengamalkan penjagaan kebersihan primer seperti kerap menukar seluar dalam (atau pantyliner), mencuci dengan bersih, elakkan vaginal douching, serta merapikan bulu kemaluan sekiranya terlalu panjang.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.