
Sulit
3 tahun
Mengalami masalah kesihatan berkaitan masalah dalaman lelaki
Saya mengalami kulit kering disekitar zakar…sudah mendapatkan rawatan tetapi tiada perubahan…kencing juga kurang lawas…hampir 3 bulan masalah ini terjadi.kadangkala berlaku ereksi tanpa rangsangan semasa tidur dengan kerap…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah kulit zakar kering dan masalah membuang air kecil yang dialami oleh anda meskipun telah mendapatkan rawatan perubatan. Ini sudah tentu membuatkan anda lebih risau. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Terdapat beberapa punca lazim yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ubat yang diberikan oleh anda tidak berkesan (ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Jangkitan kelamin.
Mengenai mengalami ereksi semasa sedang tidur, ia adalah reaksi normal dan ia boleh berlaku kerana:
- Geseran zakar terhadap kain
- Tahap hormon testosteron yang tinggi semasa tidur
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.