
Sulit
3 tahun
Mengalami masalah pening atau dalam kata lain vertago
Saya lelaki berumur 42 thn, sering mengalami masalah angin dalam badan, angin selalu berada di bahagian jantung, saya risau itukah pentanda jantung saya bermasalah atau sekadar angin, lagi 1 masalah saya sering mengalami masalah pening atau dalam kata lain vertago, bagaimana nak mengatasinya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan angin badan dan mengurangkan berat badan adalah:
- Makan dalam jumlah yang sedikit
- Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan.
- Berhenti merokok
- Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
- Kurangkan pengambilan gula
- Perbanyakkan bersenam walaupun berjalan di taman
Untuk makluman anda, masalah pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
Untuk mengenal pasti masalah yang anda hadapi, pemeriksaan yang komprehensif perlu dilaksanakan bagi menentukan punca gejala yang dialami oleh anda. Justeru pihak kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan dan bebrapa prosedur lain.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda amat disyorkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya masih ragu-ragu. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala .