Sulit
5 tahun
Mengalami masalah period yang tidak teratur
Doktor, sy berumur 18 tahun dan masih belum berkahwin. sy telah mengalami masalah period yang tidak teratur baru baru ini.
Tempoh period sy adalah seperti ini 24 mac/30 mac kemudiam sy period lagi pda 7 april/13 april kemudian period lgi pada 19 april sehingga hari ini. Period yang normal selalu sy hadapi ialah apabila datang bulan tempoh yang diperlukan selalunya 4 atau 5 hari tapi apa yang sy lalui sekarang ialah selama 7 hari dan didapati masih banyak lagi mengeluarkan darah. Sy amat risau apabila berlaku lagi pda minggu hadapan keranasa sy tidak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna lagi lagi dibulan Ramadan yang mulia ini. Apakah pendapat doctor tentang masalah yang saya hadapi ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk saya menerangkan punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























