
Sulit
5 tahun
Mengalami masalah sakit perut
Saya berumur lingkungan 20an, saya mepunyai masalah sakit perut sejak setahun lalu…masalah ini datang bila saya gemuruh atau nervous bila fikir suasana persekitaran sama ada persekitaran mempunyai tandas atau tidak…masalah ini sangat mengganggu saya, sukar untuk saya melancong kerana terlalu fikirkan tandas, sukar untuk saya tersekat pada kesesakan lalu lintas…semua ini akan menyebabkan perut saya secara tiba2 meragam dan ingin ketandas…bolehkah dr bantu saya untuk selesaikan masalah ini??saya tak pasti ini ada kaitan dengan masalah pada mental saya atau tidak…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit
- Jangkitan cacing dalam perut
- Penyakit ulser perut
- Jangkitan saluran kencing (kencing kotor)
- Kehamilan
- Keradangan pankreas
- Masalah jantung
- Masalah psikiatri
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.