
Sulit
3 tahun
Mengalami maslah berkaitan kesihatan lelaki dewasa
Saya lelaki 28 tahun…2 blan yang lepas saya mengalami jangkitan kulat di kemaluan…doktor ad memberikan ubat pelembat kulit…selepas saya sapu terasa kulit sedikit gelap di bahagian kulit dan kepala zakar…saya masih lgi mengguanakn cream tersebut…dalam pada itu,setiap malam zakar saya sering terjadi ereksi tanpa rangsangan…setiap malam hampir 3 hingga 4 kali ereksi terjadi sehingga mengganggu tidur saya…kepala zakar saya terlihat sedikit gelap seperti darah terkumpul di bawah kulit…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai beberapa gejala yang berlaku serentak, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- komplikasi jangkitan fungus
- gangguan ereksi
- kesan trauma organ kelamin
- gangguan vaskular organ kelamin
- kesan sampingan ubat-ubatan
- gangguan psikologi
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.