
Sulit
4 tahun
Mengalami Pedih Ulu Hati
Selamat petang, Saya mengalami pedih ulu hati sejak 3 hari yang lalu. apakah ubat yang boleh meredakan ketidak selesaan yang saya alami?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Antara penyakit penting untuk dikesan apabila seseorang mempunyai simptom pedih ulu hati adalah:
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
- Batu pada saluran hempedu.
Walaubagaimanapun, sekiranya kesakitan yang dialami anda berkala dan hanya melibatkan gejala seperti kembung perut, rasa loya, rasa masam di dalam mulut dan perut yang tidak selesa, anda berkemungkinan untuk hanya mendapat penyakit refluks atau GERD.
Sekiranya masalah ini berlarutan atau bertambah teruk dan membimbangkan anda, sila rujuk kepada doktor bagi mendapatkan penyelesaian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi sesi konsultasi peribadi secara atas talian. Terima kasih