
Sulit
4 tahun
Mengalami sakit perut selepas melakukan seks beberapa hari
Saya telah melakukan seks bersama teman lelaki saya…tetapi dia hanya memasukkan jarinya ke dalam faraj saya untuk membuatkan saya lebih klimaks…pada esoknya saya membuang air kecil beserta lendir dan darah sedikit dan sakit perut seperti senak sedikit…mengapakah boleh terjadi demikian? Adakah kawasan dalam faraj saya terluka sedikit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Keradangan usus
- Keradangan pelvik
- Jangkitan kuman
- kecederaan akibat trauma
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Begitu juga untuk menentukan ada atau tidak luka pada kawasan faraj anda.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.