
raibahad6
6 tahun
Mengalami sakit pinggang
Assalamualaikum…saya wanita yang berusia 31, saya mengalami sakit pinggang sebelum keguguran dan selepas… sebelum keguguran bila saya mengalami sakit pinggang akan ada keluar darah sedikit ikut lendir (keputihan )tapi tak banyak dan saya jenis ada masalah keputihan namun masalah saya berterusan walaupun saya sudah keguguran tapi saya masih mengalami sakit pinggang dan bila sakit pinggang saya datang akan ada darah keluar ikut lendir (keputihan) saya namun tak banyak, saya risau sebab saya tak boleh nak solat @ puasa saya rasa was-was saya pun dah habis pantang tapi masih mengalami masalah yang sama

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda keadaan yang anda hadapi memerlukan pemeriksaan lanjut dan maklumat ,lebih mendalam bagi mengetahui punca sakit pinggang serta pendarahan tersebut. Masalah ini boleh berpunca daripada keguguran anda atau masalah lain pada sistem peranakan atau organ lain seperti buah pinggang.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.