
Sulit
4 tahun
Mengalami Tonsil yang tidak mahu bengkaknya susut
Saya wanita dalam 20 'an. Saya dah sakit tekak (mungkin tonsil)sudah lebih 2 minggu. Tidak demam, sakit kepala dan batuk. Tonsil tersebut tidak mahu susut bengkak. Sebab ini sudah 2 kali saya makan antibiotik yang berberbeza. Disebabkan bengkak ni saya kerap tidur berdengkur daripada biasa. Apa perlu saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.