
Sulit
4 tahun
Mengambil postinor 2 kedua dua pil sekali gus
Saya berumur 47 tahun. Telah bersama suami. Selepas bersama dengan suami baru mengambil postinor. Tetapi saya makan kedua pil itu pada waktu yg sama. Adakah perlu ambil lagi salam tempoh 12 jam

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Pil perancang kecemasan berfungsi dengan mengganggu hormon dalam badan anda - dengan cara, mencegah berlakunya inseminasi atau persenyawaan di dalam rahim. Pil perancang kecemasan boleh diambil kedua-dua pil pada masa yang sama ataupun memakan pil kedua selepas 12 jam memakan pil pertama.
Lebih awal anda mengambil pil tersebut, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya (tablet pertama) sebaik sahaja selepas bersetubuh atau selewat-lewatnya 72 jam selepas. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan mencegah 95% kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, namun turun menjadi 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.