
hezlinasyafira9
2 tahun
Mengandung.batuk 5 hari. Badan rasa x sihat. Sedikit susah nak bernafas
Saya pregnant 22 weeks.mngalami batuk selama 5 hari. Sakit kepala. Tidak demam.pedih mata. Tiada melawat tempat yang dijangkiti atau ke luar negara.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai sebab kepada gejala batuk seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Batuk juga boleh terjadi kepada ibu mengandung kerana diaphragm paru-paru ditolak ke atas oleh kandungan dan ibu mengandung mudah mendapatkan masalah makanan naik ke atas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.