
Sulit
3 tahun
Mengandung tanpa tahu sedangkan ada perancangan
anak saya baru 10 bulan . sekarang saya mengandung lagi . ketika bersama , suami tidak masukkan air ke dalam tapi di buang luar . apa sebab saya boleh +ve mengandung ye ? sebab kami tak merancang untuk ada anak sebab anak saya semua setahun satu . ketika bersama kami dalam keadaan sedar . saya memerlukan penerangan . terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham kemusykilan anda mengenai keputusan ujian kehamilan yang positif sedangkan suami anda melepaskan air maninya di luar. Keputusan ujian kehamilan positif juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor berikut:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Jangkitan salur kencing
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Cara penggunaan kit ujian yang salah
- Ubat-ubatan
Keputusan positif ini juga boleh menjadi false positive. Oleh itu, keadaan ini memerlukan pengesahan dan siasatan lanjut oleh doktor.
Sebagai maklumat tambahan, air mazi (cecair praejakulasi) juga boleh mengandungi sperma dan berpotensi untuk menyebabkan kehamilan walaupun risikonya adalah lebih rendah berbanding air mani.
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.