
Sulit
3 tahun
Mengandung tidak dirancang
saya berumur 42thn, saya tidak mahu mengandung dalam umur sekarang tetapi period sudah overdue 9hari (as at 27-08-2021). adakah pil yang sesuai untuk saya gunakan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara selain kehamilan iaitu :
- Stres
- Penggunaan ubat perancang
- Menopause
- Fibroid
- Masalah tiroid
Kami mansihatkan untuk mengambil ujian UPT untuk memastikan anda tidak hamil. Sekiranya anda hamil, sebaiknya anda rujuk kepada klinik kesihatan berdekatan untuk mengesahkan kehamilan anda. Namun, gugur kandungan tidak dibenarkan kerana ia salah di sisi undang-undang. Jika anda tidak hamil, anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat mengenai ubat perancang yang sesuai untuk anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.