
Sulit
5 tahun
Mengapakah tumbuhnya ulser di kelamin wanita
Beberapa hari ini saya sering mengalami krsakotan bila buang air kecil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ulser pada faraj boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kecederaan pada kemaluan
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan sifilis - ulser yang tidak menyakitkan
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis/lichen planus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, isteri anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.