
tembamtembam_t
5 tahun
Mengelak untuk minum Ural Urinary Alkalinizer
Apakah kesan yg akan berlaku sekiranya sy mengelak untuk mengambil ural urinary alkalinizer dalam proses perawatan jangkitan kuman dalam air kencing?
Bolehkah sy mengambilnya selepas proses rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ural adalah ubat yang mengandungi bahan aktif seperti sodium bikarbonat + asid sitrik + asid tartarik. Ia adalah ‘alkaliniser’ bagi saluran kencing dan sistem pencernaan badan
Antaranya fungsi Ural ini ialah:
Membantu dalam alkalinisasi kencing di mana diperlukan dalam rawatan jangkitan saluran kencing
Melegakan gejala “dysuria” – sakit ketika kencing
Jadi saya sarankan anda untuk megambil ubat ini dan menghabiskannya seperti disyorkan oleh doktor anda kerana saya percaya doktor anda telah melakukan pemeriksaan menyeluruh sebelum memberikan anda rawatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.