
Anonymous
4 tahun
Mengenai datang haid
Hello Doctor,
Saya seorang surirumah dan mempunyai seorang anak berumur 4 tahun.
saya nak tanya, bulan lalu saya datang haid pada tarikh 19.06 dan bulan ini 18.07 saya mengalami sakit badan, sakit pinggang dan seperti rasa datang haid, tetapi bila saya periksa hanya secalit darah bewarna coklat sahaja yg ada… Dah 2 hari saya tunggu masih belum ada darah haid lg. So Doctor, apakah saya perlu buat dan adakah saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada keterangan anda, lama kitaran haid anda sampai hari ini adalah 30 hari. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sekiranya anda masih ragu, sebaiknya anda melakukan pemeriksaan kehamilan yang sederhana seperti urine pregnancy test (UPT). Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.