
Anonymous
2 tahun
Mengenai jarakkan kehamilan
saya sedang menjarakkan kehamilan 1st period saya 22 may 2019 lazimnya tempoh period saya 28 hari. saya melakukan hubungan kelamin dgn suami pada 9 jun 2019.mengikut kalkulator itu diluar waktu subur. hari ni dah 31 hari dari tarikh period say. adakah saya hamil. bagaimana untuk cegah pada masa ini. adakah ubatan yg boleh dimakan untuk cegah. terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Kami perlu mengetahui maklumat lain berkaitan latar belakang kesihatan
Anda disarankan untuk mengambil ujian kehamilan dengan kit UPT untuk pengesahan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.