
Sulit
4 tahun
Mengenai kemaluan lelaki
Masalah sye begini,kdg² time sye kencing titisan yg terakhir tu akn keluar lendir dan time tido pon ada berlaku juga.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala lendir yang keluar daripada kemaluan, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Radang prostat (prostatitis)
- Rangsangan semasa tidur
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sebab mengapa anda mengalami gejala sedemikian kerana maklumat lanjut perlu diketahui. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Demam
- Sakit perut atau kemaluan
- Air kencing bercampur darah atau nanah
- Air kencing berbau
- Sakit dan kerap membuang air kencing
- Loya dan muntah
- Sakit dan pening kepala
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.