
aniq.faruqi39
5 tahun
Menggelupas di bahagian kepala zakar
Sebelum ni kulit kemaluan saya pernah menggelecek sebab bergesel barangkali dgn kain pelekat yg kasar kainnya atau seluar dalam yang kurang lembut. Dah lama dah dan lately dia macam ada scab scab gitu warna hitam macam parut tapi saya masih ngilu macam org baru lepas sunat. Dia terjadi pada kepala kulit zakar saya dan saya rasa kurang confidence dan risau dengan masa depan saya sebab dah nak dekat kahwin.
Sekarang ni hitam macam parut2 keras tu masih ada disitu tapi sekarang dia menggelupas. Boleh doktor jelaskan kenapa dan adakah perlu saya jumpa pakar atau hanya mengambil langkah2 tertentu dan istiqomah dalam penjagaan kemaluan saya dan bagaimana?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, dalam proses penyembuhan kulit ini, ianya sememangnya akan membentuk scab atau parut, dan kadang kala Melanin (hormon yang memberi warna) akan terjadi pada tempat tersebut dan menghitamkan kulit. Ini bukan masalah yang besar, tetapi jikalau anda mempunyai masalah seksual atau kesakitan yang tidak dapat menahan, anda boleh berjumpa dengan doktor pakar urologi untuk membincang tentang masalah ini.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.