
Sulit
4 tahun
Menggigil seluruh badan, mual, kaki dan tangan sejuk, pening kepala
Saya wanita berumur 20 tahun. Saya sudah mengalami masalah pening kepala yang agak teruk sejak minggu lalu serta saya turut merasa mual… Mula mula saya ingatkan masalah migraine tetapi sejak 5 hari lepas saya mula mengalami masalah seluruh tubuh menggigil setiap masa lebih lebih lagi tangan serta kaki dan tangan saya sejuk…jantung juga terasa berdegup laju serta saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah…Saya juga cepat penat… Apabila saya google simptom2 tersebut kebanyakannya merujuk kepada anxiety… Mohon penjelasan terima kasih

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pening kepala. Kemungkinan gejala-gejala yang anda alami boleh berkait dengan satu sama lain ataupun tidak. Namun begitu, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi, antaranya ialah:
- Tekanan darah rendah
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.