Sulit

2 tahun

Menstrual problem dan sakit perut

period sy dh hampir 2 bln masih ada drh, perut kerap sakit, tp sy takut nk ke hospital. blh sy tahu tak simptom2 fibroid tu mcm mna? dan kalau mmg ada fibroid apa rawatan dia?

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, Fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering dilihat pada sistem reproduktif wanita. Fibroid, juga dikenali dalam istilah lain seperti myomas, leiomyomas, atau fibroma rahim yang merupakan ketumbuhan yang padat yang terhasil daripada sel-sel otot dan tisu penghubung yang berkembang di rahim. Walaupun mereka terdiri daripada otot yang sama seperti dinding uterus (myometrium), mereka lebih padat daripada myometrium biasa.

Gejala yang dihadapi bergantung kepada bilangan ketumbuhan fibroid, lokasi dan saiznya. Antara tanda-tanda fibroid adalah:

  • Haid yang berlebihan dan menyakitkan, juga dikenali sebagai menorrhagia
  • Kekejangan perut yang semakin teruk
  • Kitaran haid yang berlarutan untuk tempoh panjang
  • Kekurangan darah (anaemia) akibat haid berlebihan
  • Sakit belakang bahagian bawah atau sakit kaki
  • Sembelit
  • Ketidakselesaan di bahagian bawah perut terutamanya dalam kes fibroid yang besar
  • Kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seksual, dikenali sebagai dyspareunia
  • Masalah proses melahirkan anak
  • Masalah kehamilan
  • Masalah kesuburan
  • Keguguran berulang
  • Peningkatan berat badan
  • Bengkak pada perut bahagian bawah.

Apabila fibroid berkembang, ia boleh terus membesar sehingga menopaus. Apabila tahap estrogen jatuh selepas menopaus, fibroid biasanya akan susut dalam saiz. Jika ketumbuhan anda sangat kecil atau anda sedang menopaus, anda mungkin tidak mempunyai sebarang gejala. Hal ini kerana wanita yang menopaus akan mengalami penurunan tahap estrogen dan progesteron dan hormon inilah yang merangsang pertumbuhan fibroid.

Ubat untuk merawat simptom seperti pendarahan yang banyak:

  • Ubat tahan sakit yang dikenali sebagai Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs): Contoh ubatan adalah Mefenamic acid dan Ibuprofen. Ubatan ini berfungsi untuk menghentikan pembuluh darah kecil yang menyebabkan pendarahan rahim. Kira-kira 50% kehilangan darah dapat dikurangkan. NSAID mungkin berkesan untuk mengurangkan kesakitan disebabkan oleh fibroid dan tidak menjejaskan kesuburan.
  • Pil perancang kehamilan : Lebih dikenali sebagai pil kontraseptif. Pil ini membantu mengawal kitaran ovulasi, dan mereka boleh membantu mengurangkan kesakitan atau pendarahan semasa haid.
  • Sistem intrauterine Levonorgestrel (LNG-IUS) : Satu peranti plastik yang kecil diletakkan di dalam rahim untuk melepaskan hormon yang dipanggil levonorgestrel secara sedikit demi sedikit. Hormon ini mengelakkan lapisan dalam rahim daripada berkembang terlalu cepat dan sekali gus pendarahan haid dapat dikurangkan.

Fibroid yang teruk mungkin tidak bertindak balas terhadap pilihan rawatan yang lebih konservatif, dan pembedahan mungkin diperlukan. Doktor yang merawat boleh mempertimbangkan prosedur berikut:

  • Hysterectomy : Prosedur ini adalah pembuangan sebahagian atau keseluruhan rahim. Prosedur ini membantu mengubati fibroid yang sangat besar atau pendarahan yang berlebihan.
  • Myomectomy: Prosedur ini adalah penyingkiran fibroid daripada dinding otot rahim. Ia membantu wanita yang masih merancang untuk hamil pada masa depan.

Terdapat juga rawatan yang terkini dan tidak memerlukan pembedahan seperti:

  • Uterine artery embolisation (UAE): Prosedur ini biasanya digalakkan untuk wanita yang mempunyai fibroid yang besar. Pakar radiologi biasanya akan menjalankan prosedur ini. Bahan kimia akan disuntik melalui saluran pada kaki dipandu oleh pencahayaan sinaran fluoroskopik. Dengan ini, saluran darah ke fibroid akan dihalang dan sekaligus mengecutkan ketumbuhan tersebut.
  • Endometrial ablation : Prosedur ini menghapuskan lapisan di dalam rahim dengan menggunakan laser. Jika terdapat fibroid yang kecil yang berada pada permukaan dalam rahim, ia akan sekaligus dihapuskan.
  • MRI guided percutaneous laser ablation: Teknik ini adalah antara prosedur yang baru untuk merawat fibroid dengan penggunaan MRI. Suatu pemeriksaan MRI digunakan untuk mencari fibroid. Jarum halus kemudian dimasukkan melalui kulit dan tisu badan pesakit sehingga mereka mencapai fibroid yang disasarkan. Peranti laser dimasukkan melalui jarum untuk mengecutkan fibroid.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

perempuan%202

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)