
wgt768696
5 tahun
Menstrucycle problem
saya berumur 28 tahun saya tidak datang period selama 2 minggu lebih last period 16 mei 2019 saya telah mengunakan pt utk check kehamilan tetapi result negative adakah masih terlalu awal utk saya check?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan berkurang secara drastik atau berlebihan
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Selalunya ujian kehamilan dapat dijalankan dalam masa seminggu setelah mengetahui haid lewat. Pengguna kit kehamilan diarahkan untuk mengambil sampel kencing pada awal pagi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor berdekatan atau doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.