
Sulit
4 tahun
Menunggu keputusan ujian pcr
Salam Sejahtera,saya ingin bertanyakan soalan, ayah saya telah disahkan positif covid melalui ujian rtk dan telah dikuarantin di rumah,kami sekeluarga tidak buat swab test kerana menunggu panggilan drp kkm jika ujian pcr ayah saya keluar. Tetapi,sudah 10 hari kami di rumah dan telah tamat tempoh kuarantin ayah saya. Sehingga sekarang tiada panggilan drp kkm atau mesej mengenai ujian pcr ayah saya setelah 10 hari menunggu,jadi kami fikir keputusannya adalah negatif.Jadi apakah yg perlu kami lakukan,adakah kami perlu ke klinik kerajaan semula utk bertanya mengenai hal ini ataupun tunggu panggilan drp2 pihak2 tertentu? Terima kasih…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Anda boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau menghubungi klinik kerajaan yang ayah anda telah melakukan ujian COVID untuk mendapatkan maklumat.
Sementara itu, saya nasihatkan anda untuk memantau diri dan keluarga jika mempunyai gejala-gejala COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapat ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini