
Anonymous
6 tahun
Merancang kehamilan
saya wanita berusia 25 tahun dan bakal berkahwin kurang dari seminggu. jika dilihat menerusi apps kitaran haid saya, tarikh subur saya dalam lingkungan minggu selepas berkahwin. jadi, saya dan bakal suami telah sependapat untuk menangguhkan kehamilan untuk beberapa bulan atas faktor2 pekerjaan yg terpaksa kami hadapi ketika ini. oleh kerana bakal suami sy akan bertugas selama beberapa bulan di laut dan akan pergi seminggu selepas berkahwin, maka kami ingin tahu apakah tindakan yg boleh kami ambil untuk mengelakkan kehamilan dalam tempoh kesuburan selepas berkahwin itu selain daripada kaedah azal. dan benarkah pil perancang hanya berkesan 14 hari selepas diambil? atau doktor mungkin ada nasihat atau tips lain? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan yang diajukan. Terdapat beberapa cara untuk merancang kehamilan. Antaranya adalah:
1.Pil Noriday adalah sejenis kontraseptif hormon yang dikenali sebagai pil mini atau pil progestogen sahaja. Noriday adalah pil perancang biasanya diberikan kepada wanita yang tidak dapat mengambil pil perancang jenis yang lain (pil kontraseptif) atau menggunakan alat intrauterin (IUD). Pil Noriday perlu ambil setiap hari secara berterusan, termasuk semasa anda mempunyai haid.
2. Terdapat juga suntikan sekiranya anda tidak ingin makan pil. Suntikan kontraseptif membebaskan hormon progestogen ke dalam aliran darah anda untuk mencegah kehamilan.
3. IUCD ialah alat kontraseptif yang diletakkan dalam rahim. Alat ini mengandungi kuprum. Ia boleh digunakan dalam tempoh masa 5 hari selepas berhubungan intim. IUCD membantu menghalang sperma daripada mensenyawakan telur dan menghalang penanaman telur yang sudah disenyawakan di rahim. Ia merupakan sejenis kontraseptif jangka lama dan adalah sesuai bagi pengguna yang tidak mahukan ubat hormon atau inginkan kontraseptif kecemasan yang paling efektif.
Untuk penerangan yang lebih lanjut dan batuan untuk membuat keputusan untuk merancang keluarga anda, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.