
Sulit
4 tahun
Merasa gemuruh, tidak selesa
Saya wanita berumur 22 tahun, saya belum berkahwin. Saya tidak tahu kenapa selepas minum coffee saya merasa tidak selesa, tidak sedap hati, seperti gemuruh, cemas,terasa penat padahal tidak melakukan apa apa terasa sedikit mual seperti hendak muntah. Adakah ini normal atau tidak? Adakah saya perlu pergi ke klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Minum minuman berkafin seperti kopi boleh menyebabkan muntah, gementar dan rasa tidak selesa.
Namun begitu, masalah yang anda hadapi juga boleh disebabkan oleh:
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula
- Stress
- Keletihan
- Tekanan emosi
Saya sarankan agar anda kurangkan pengambilan kopi dan banyakkan rehat serta minum air masak dan makan makanan seimbang. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi bagi mengatasi masalah yang anda hadapi serta mengetahui puncanya yang sebenar. Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi dan ubatan anda adalah percuma. Terima kasih.